Buat Sahabat-Sahabat Tercinta! Renung-renungkan~

Wednesday, 22 June 2011

Apabila menghadapi kegagalan, terdapat beberapa jenis cara seseorang merespon keadaan tersebut:




1. Mencari kambing hitam, menyangkal dan mencari alasan.

Kebanyakan orang memilih jalan ini. Mereka rasa kecewa dan akhirnya berhenti berusaha dan menyerah kalah. Mereka akan berkata:
“Oh, saya tidak berbakat", 
"Sebenarnya pemeriksa yang tidak adil ",
"Guru saya kurang member tunjuk ajar"
"Nak buat macam mana, bidang yang saya ceburi susah "


2. Mengulang tindakan yang sama tanpa mengubah strategi.

Orang seperti ini, masih lebih bagus, kerana mereka yakin dan masih mencuba tetapi mereka lupa bahawa tindakan yang mereka ambil masih sama dengan yang pernah mereka lakukan. Jadi mereka terus menggunakan pendekatan yang sama dan terus mengulangi kesalahan yang serupa. Kemungkinan mereka sendiri tidak berusaha untuk maju kehadapan dan masih di tampuk yang sama.


3. Belajar dari kesalahan, mengubah strategi dan terus berusaha.

Cara seperti ini sering digunakan oleh orang-orang berjaya, mereka tidak pernah merasa gagal, mengeluh, dan menyalahkan orang lain. Mereka terus belajar , mengubah strategi dan berusaha dengan lebih keras serta sanggup melakukan apapun yang di perlukan sehingga mengecapi kejayaan.

Orang seperti ini lebih berjaya dari orang yang tidak pernah merasa kegagalan.


Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, pendekatan anda harus berbeza.


Hidup ada banyak pilihan.Kita yang menentukan keperluan serta kehendak kita. Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas kehidupan kita, bukan orang lain, bukan orang atasan kita dan bukan juga kawan dan lawan kita.





Untuk menghadapi kegagalan, terdapat beberapa cara:


1 – Berfikiran positif
Mempunyai pemikiran yang negatif tentang kegagalan akan menjadi satu penghalang yang besar. Anda mungkin takut untuk memulakan kehidupan yang baru kerana bimbang akan menghadapi kegagalan yang lain.Jika ‘tersekat’ pada tahap ini, anda akan berada jauh dari kejayaan. Cuba atasi rasa penyesalan akibat kegagalan dalam memperkuatkan lagi ketahanan mental.Apa-apa pun, jangan biarkan penyesalan tersebut menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah.


2 – Mencari punca kegagalan
Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran sahaja (persekitaran atau situasi, kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan). Sebaliknya cuba lihat juga dari segi faktor dalaman. Faktor dalaman datangnya dari dalam diri anda.Sekiranya anda menemukan lebih banyak faktor luaran, itu bermakna anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda untuk mencapai matlamat tertentu.Sebaliknya anda harus menilai semula diri anda sekiranya menemukan lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda.Mungkin anda kekurangan motivasi atau kurangnya disiplin dalam mengikuti jadual ataupun mempunyai masalah lain, anda harus mengubahnya segera.


3 – Buat penyelesaian yang terbaik
Jika anda telah menemukan faktor atau punca kegagalan tersebut, anda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaikinya. Melakukan langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik daripada melakukan kesemuanya sekaligus.Membuat penilaian yang jelas agar anda lebih fokus terhadap masalah tertentu dan ianya akan memudahkan anda untuk memperbaikinya.


4 – Mencari potensi diri anda
Lebih baik bagi anda untuk mencari potensi diri setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya. Meningkatkan potensi diri sangat penting dan membantu dalam usaha mencapai kejayaan.


5 – Try and Error
Ini merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk mencapai kejayaan.Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha anda bagi mengelakkan melakukan kesilapan yang sama.Ingat, anda mungkin melakukan kesilapan tetapi bukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah anda lakukan sebelum ni.Selain itu, kunci utama dalam melakukan try and error ini adalah kesanggupan dan kesediaan anda untuk bekerja lebih keras.






Semoga Berjaya Kawan-Kawan! Jangan segan untuk bertanya… 
InsyaAllah kami sedia membantu!
Powered by Blogger.