Okey, entri yang ke-2 ni nak cerita tentang sebab musabab wujudnya blog ni.
Sebab nya tak banyak pun. Jadi, jom la tengok sikit eh objektif, misi dan harapan blog ni ye.
Semua direka sendiri. Mana-mana ahli kelas yang nak top-up ke, touch-up ke, boleh ler berbuat demikian ye.
Objektif:
1. Untuk menyertai pertandingan menulis blog yang diadakan di IPG KDRI ni.
2. Saje-saje je berkongsi suka-duka ataupun duka-nestapa antara ahli TESL 1.
3. Ingin memupuk budaya menulis dan membaca.
4. Meluahkan perasaan yang terbuku di dada.
Misi:
1. Mengupdate blog seberapa kerap yang mungkin.
2. Menggilap bakat menulis yang telah lama ditinggalkan time tingkatan dulu-dulu.
Harapan:
1. Blog ini dapat diterima semua pihak.
2. Ahli-ahli TESL 1 dapat mengupdate apa-apa info yang mereka suka dengan kerap.
3. Sesiapa sahaja dapat mengindahkan blog kelas ini.
4. Suka-duka dikongsi bersama ye.
Ok. Rasanya setakat tu dulu ye.
Meh nak letak gambar kelas sebijik.
-Tesl 1-
1 ahli pidato:
bila la nk update blog ni?
Post a Comment